KAEDAH PEMBIAKAN

Pengawanan semula jadi

Kelebihan
  1. Tidak memerlukan kemahiran manusia.
  2. Tidak perlu mengesan masa estrus.
Kelemahan
  1. Sukar menentukan baka pejantan.
  2. Kadar pejantan dengan betina terhad.
  3. Kerakusan pejantan boleh menyebabkan betina cedera.
  4. Satu pejantan untuk satu betina sahaja pada satu masa.
  5. Sukar mengawal pembiakan.
  6. Kos tinggi untuk mendapatkan baka luar negeri.

PERMANIAN BERADAS

Kebaikan

    1. Data pembiakan mudah dikesan.
    2. Mudah menghasilkan baka baru.
    3. Induk betina tidak cedera.
    4. Kos pengendalian murah kerana tiada kos pemeliharaan pejantan.
    5. Penggandaan pembiakan lebih cepat kerana semen daripada seekor pejantan boleh disuntik kepada banyak betina.
  1. Kelemahan
    1. Perlu kemahiran menyuntik semen.
    2. Perlu kemahiran memerhati estrus.
    3. Kecacatan pejantan hanya dapat dikesan selepas semennya digunakan kepada banyak betina.

TEKNIK PEMBIAKAN TERNAKAN

Pengawanan Semulajadi (In-Vivo) – Pejantan dan betina ternakan (lembu, kerbau, kambing dan sebagainya) dibiarkan bersama (mengawan) semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan.

Permanian beradas (in-vitro) – Menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk betina terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette (French Gun).

ALATAN YANG DIGUNAKAN

Posted in Penternakan | Tinggalkan komen

Mekanisme Ladang

5.1 MEKANISASI LADANG
Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan

Faedah mekanisasi ladang

1. Menjimatkan masa
– jam bekerja dapat dikurangkan
– kerja cepat disiapkan

2. Menjimatkan tenaga pekerja
– kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin
– seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja

3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
– hasil kerja sekata/konsisten seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air

4. Menepati masa
– kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa
– elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran
– kerja dapat disiapkan mengikut jadual

5. Memudahkan kerja
– mengurangkan beban dan seksa kerja
– pekerja tidak keletihan
– kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan

Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang

1. Faktor fizikal tanah
– meliputi topografi, keluasan tanah dan jenis tanah
– kawasan berbukit bina teres menggunakan jentera penyodok tanah
– kawasan luas pemugaran tanah menggunakan traktor empat roda, kawasan kecil gunakan
traktor dua roda
– kawasan tanah lembut seperti sawah padi gunakan traktor dua roda

2. Faktor kos
– harga jentera dan mesin adalah mahan
– dapatkan secara sewa beli, upah atau pajakan
– jika mampu dan ladang luas boleh beli sendiri

3. Faktor teknikal
– mempunyai pengetahuan, kemahiran pengendalian, kebolehan melakukan
penyelanggaraan dan pembaikan, kemudahan mendapatkan alat ganti, khidmat selepas
jualan dan kebolehan melakukan pengubahsuaian terhadap jentera jika perlu
– tanpa pengetahuan teknikal, kos penyelenggaraan dan pembaikan akan tinggi

Penggunaan mekanisasi ladang
(a) Tanaman
Penyediaan tanah
Alat pemugaran primer

Bajak piring – Memotong, mengangkat, memecah dan membalikkan tanah

Bajak sepak – Memotong, mengangkat dan membalikkan tanah

Bajak pahat – Memecah dan melonggarkan tanah kering dan keras.
Menarik akar keluar dari tanah

Alat bajak sekunder

Bajak putar – Memotong dan menghancurkan tanah (menggembur), menggaul sisa
tanaman dan baja dalam tanah dan mengawal rumpai.
Putaran mata kuasa dari aci sadap kuasa

Bajak sikat – Memecah tanah kasar menjadi halus dan mengawal rumpai dengan cara
memotong rumpai dan menarik akarnya keluar

Penggembur – menghaluskan tanah untuk sedia ditanam

Pembatas – Menggembur sambil membina batas

Penanaman
Penanam biji benih – Untuk biji benih besar seperti kacang tanah dan jagung

Penyembur kabus – Untuk biji benih kecil seperti padi dan biji benih rumput ternak

Penanaman anak padi – Untuk tanam anak padi

Pembajaan
Penabur baja – Untuk baja jenis butiran dan debu

Penghembus berjentera untuk menabur baja – Untuk baja butiran dan tabur biji benih padi

Penyembur boom – Menyembur baja cecair dan racun

 ……pest control

 

Pengawalan rumpai dan perosak
Penebas putar – Dipasang pada traktor 4 roda dan guna kuasa dari aci sadap kuasa

Mesin rumput tolak – Potong rumput yang tidak tebal

Penebas sandang – Sesuai di kawasan berbukit, tidak rata, sempit dan rumput tebal

Pam berkuasa – Menyembur herbisid (racun rumpai)

Penyembur galas – Untuk menyembur fungisid, herbisid dan insektisid

Pengairan dan penyaliran

Pengairan
Sistem pengairan titisan – Bekal air pangkal pokok dengan tekanan yang rendah

Sistem pengairan percikan – Guna pam untuk hasil tekanan air yang tinggi. Sesuai untuk
sayur, jagung, orkid, nurseri atau tanaman yang ditanam rapat

Penyaliran
Pam air – Keluarkan air dari kawasan tanaman

Pengorek kaut – Untuk gali parit bagi membina sistem perparitan

Pemarit – Jentera membina parit kecil

Penuaian hasil
Mesin jentuai kombin – Menuai padi

Mesin penuai buah – Memetik buah bertangkai seperti mempelam, rambutan dll.

(b) Ternakan

Pemberian makanan
Pengangkut berantai – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan

Tiub berauger – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan

Pemberian minuman
Puting minuman / puting logam – Untuk ayam dan arnab minum

Pengutipan hasil
Pengangkut panggul – Kumpul telur ayam

Mesin pemerusuan – Memerah susu lembu atau kambing gunakan mesin mudah alih atau tetap

Penggredan telur

Penggred telur – Asing / gred telur ayam ikut berat

Sistem pengairan

(a) Titisan
– air diberi pada pangkal pokok di zon perakaran
– sesuai untuk tanah yang daya pegangan air rendah dan pokok dalam beg politena
– kebaikan:
– jimat air kerana air dititis terus pada pangkal pokok
– tidak gunakan pam kerana air mengalir menggunakan tekana graviti
– air diguna secara efisien kerana air yang dibekal terus diserap oleh akar
– program pembajaan boleh dilakukan serentak dengan pengairan
– Kelemahan : penitis mudah tersumbat
– komponen sistem pengairan titisan : pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder
(bahan paip samada besi galvani, PVC atau polietilena) dan penitis
– penyelenggaraan:
– penapis – bersihkan penapis untuk elak paip dan penitis tersumbat
– sambungan dan keseluruhan paip – elak kebocoran
– penitis – bersih bendasing/sampah untuk elak tersumbat

(b) Percikan
– sesuai untuk kawasan padat dengan tanaman seperti sayur-sayuran
– tidak sesuai untuk tanah yang tidak dapat memegang air seperti tanah pasir

kebaikan :
– sesuai untuk kawasan berbukit atau tanah tidak rata/sekata
– kedudukan paip dan pemercik boleh diubah ikut keperluan semasa
– suhu persekitaran tanaman dapat dikurangkan

kelemahan :
– jika ada tiupan angin kuat, kecekapan penyemburan air berkurangan
– perlu kos tinggi – untuk pembelian alat, bahan dan penyelenggaraan
– komponen – pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder, pemercik (makro dan
mikro)
– pemercik makro untuk nurseri kelapa sawit, jagung dan sayur berpancang
– pemercik mikro untuk nurseri bunga, sayur daun dan rumput taman
– penyelenggaraan :
– pastikan paip tidak tersumbat
– kepada pemercik tidak tersumbat

Bandingbeza sistem pengairan titisan dengan sistem pengairan percikan

Titisan

• Air mengalir kerana tarikan graviti

• Air mengalir kerana tarikan graviti

• Boleh lakukan pembajaan

• Kecekapan titisan tidak dipengaruhi tiupan angin

• Guna sedikit air, dapat jimat air

• Dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai

• Kos pengendalian rendah – guna tarikan graviti

• Boleh lakukan kerja pengurusan semasa sistem pengairan beroperasi

Pengairan percikan

Percikan
• Air dipam untuk dipercikkan

• Air dipercik tersebar ke kawasan luas

• Pembajaan tidak ekonomik

• Tiupan angin kencang mengurangkan kecekapan penyiraman

• Banyak air tidak terkena pokok, membazir air

• Menggalakkan pertumbuhan rumpai

• Kos pengendalian tinggi sebab guna pam

• Kerja pengurusan sukar dilakukan semasa sistem pengairan beroperasi

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Semen Beku dan Harga Pasaran

Kini terdapat kaedah saintifik bioteknologi seperti ‘semen cryopreservation membolehkan kualiti air mani kambing tertentu yang dibekukan mampu disimpan dengan lebih lama dan dapat mengekalkan kesinambungan keturunan baka yang baik. Penyimpanan air mani beku ini yang boleh dikenal pasti sumber dan  asalnya kini bersedia untuk dipasarkan kepada penternak.

 

 

No

 

 

Baka

 

 

Deskripsi

(RM) per straw
1  Cyclone  Runner-up of World Show 2000 200.00
2  Ryno  Anak Jantan of Dr Pepper, The World Champion of 2002-2004 150.00
3  Amar  Anak Jantan kepada Bismark, Juara Dunia 2004 150.00
4  Black  Black Kalahari 150.00
5  Bravo  Anak Jantan Cyclone, The Runner-up of World Show 2005 150.00
6  Charlie  Red Kalahari 100.00
7  Aiman  Red Kalahari 100.00
8  Delta  Boer Genetik Tinggi 80.00
9  Bobby  Boer Genetik Tinggi – Lahir di ar-Raudhah Biotech Farm 80.00
10  Falcon  Boer Genetik Tinggi 80.00
11  Gulf  Boer Genetik Tinggi 80.00
12  Hamlet  Boer Genetik Tinggi 80.00
13  Indigo  Boer Genetik Tinggi 80.00
14  Jaguh  Boer Genetik Tinggi 80.00
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Baja Bio-organik

Salah satu syarikat yang terlibat secara langsung dalam penghasilan baja bio-organik ialah Syarikat ar-Raudhah Bio-Tech Farm Sdn Bhd. Penghasilan baja bio-organik ini adalah sebahagian dari lanjutan kepada penghasilan kualiti di ar-Raudhah Bio-Tech Farm Sdn Bhd. Tinja haiwan  ditukarkan  menjadi baja menggunakan teknologi BIM(Beneficial Indigeneous Microorganism ) atau lebih dikenali EM (Effective Microorganism). BIM yang aktif didalam baja yang dihasilkan dapat meningkatkan kualiti tanah dan tanaman disamping pembesaran tanaman dapat ditingkatkan. Baja di sini  lebih kepada mesra alam kerana kesemua bahan-bahannya menggunakan sumber semulajadi.

BIM ini adalah antara produk yang dihasilkan sendiri oleh ar-Raudhah menggunakan bahan-bahan organik dan beberapa mikrob yang aktif bagi menghasilkan baja organik ,makanan tambahan kepada haiwan ternakan dan penghasilan silaj. Bahan ini juga dapat meningkatkan perkembangan haiwan ternakan dan sememangnya selamat untuk digunakan.

Di bawah dipaparkan cara-cara penghasilan baja bio-organik.

Image

Image

Image

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Baka Kambing

1.Baka Katjang

Image

2. Baka Kacukan

Image

3. Baka Anglo

Image

4. Baka Saanen

Image

5. Baka Santa

Image

6. Baka Polled

Image

7. Baka Masai

Image

8. Baka Malin

Image

9. Baka Barbados

Image

10. Baka Dorset

Image

11. Baka Jamnapari

Image

12. Baka Boer

Posted in Penternakan | 1 Komen

Bioteknologi

A. BIOTEKNOLOGI KONVENSIONAL DAN MODERN

Karl Ereky merupakan orang pertama yang memperkenalkan istilah bioteknologi. Lalu, Carl Goren Heden, seorang ahli mikrobiologi mengemukakan pengertian bioteknologi sebagai kajian tentang pengeluaran makanan dan perkhidmatan dengan proses yang menggunakan organisma atau sistem hidup.

Bioteknologi Konvensional adalah bioteknologi yang memanfaatkan mikroba untuk menghasilkan produk barangan atau perkhidmatan melalui proses fermentasi dengan proses yang sederhana. Contohnya adalah pembuatan tapai, nata de coco, tempe, sari buah, enzim, dan pengendalian hama menggunakan organisma patogen. Bioteknologi Modern adalah bioteknologi yang mengoptimumkan pemanfaatan sel dan teknologi molekul untuk membuat produk yang bermanfaat. Contohnya iaitu pembuatan protein sel tunggal, baja biologi, teknik hidroponik, aeroponik, kultur jaringan, teknik transgenik, pengklonan, dan pembuatan bibit unggul meggunakan radiasi.

B. BIOTEKNOLOGI MAKANAN DAN MINUMAN
Cara yang paling umum digunakan dalam bioteknologi konvensional ialah fermentasi (menggunakan ragi). Sedangkan bioteknologi moden berkembang ke arah pemanfaatan organisma sel tunggal yang kaya dengan protein sebagai bahan makanan alternatif. Di bawah ini akan dibincangkan beberapa produk bioteknologi makanan dan minuman di masyarakat.
1. Nata de Coco
Nata de Coco merupakan bahan makanan hasil fermentasi sisa air kelapa. Nata merupakan nama orang yang menjumpainya sedangkan coco diambil dari nama latin kelapa ‘Cocos Nucifera’. Nata de Coco berbentuk padat, putih, dan terasa kenyal. Nata de Coco dihasilkan oleh aktiviti bakteria ‘Acetobacter xylinum’.
2. Tapai
Tapai merupakan makanan tradisional hasil fermentasi yang menggunakan ragi tapai (yeast). Bahan mentahnya iaitu zat tepung (pati atau amilum). Jenis kulat dalam ragi iaitu ‘Saccharomyces Cerevisiae’. Dari metabolismenya, asam laktat akan menghasilkan rasa kecut. Oleh itu, tapai kadang-kadang terasa kecut.
3. Tempe
Tempe merupakan bahan makanan hasil fermentasi asli Indonesia. Fermentasi dilakukan kulat tempe, iaitu Rhizopus oryzae, dengan bahan mentahnya yang umum ialah kacang soya.
4. Sari Buah
Cuka epal dihasilkan dari fermentasi sari buah epal dengan bakteria asid cuka, iaitu ‘Aerobacter Sp. ‘. Cuka epal ini merupakan bahan makanan yang berkhasiat.
5. Produksi Protein Sel Tunggal
Protein sel tunggal dihasilkan dari ‘Spirulina Sp.’ Dan Chlorella Sp. ‘. Bakteria ini ditumbuhkan dalam media cair dengan bekalan oksigen yang cukup serta secara berkala diberi tambahan nutrien. Protein sel tunggal telah dibangunkan sebagai bahan makanan di negara maju, seperti Amerika Syarikat dan Perancis.
6. Pengeluaran Enzim
Beberapa jenis enzim dapat dimurnikan atau dipisahkan. Enzim-enzim ini sangat berguna dan banyak digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Enzim pun bernilai jual tinggi. Beberapa diantaranya, enzim papain, amilase, protease kulat, protease bakteria, renin, dan penisilinasilase.

C. BIOTEKNOLOGI PERTANIAN

Pengeluaran bahan makanan dapat ditingkatkan dengan beberapa produk bioteknologi pertanian, di antaranya:

1. Pengembangan Baja Biologi

Produk ini memanfaatkan beberapa organisma, diantaranya iaitu: mikroorganisme pengikat zat lemas (pembekal nitrogen) dan mikoriza (simbiosis hifa kulat dengan akar tumbuhan berbiji).

2. Pengendalian Hayati
Untuk mengurangkan populasi hama, kita dapat memanfaatkan organisma-organisma lain, kerana jika menggunakan bahan sintetik dapat merosakkan alam sekitar. Beberapa organisma yang boleh dimanfaatkan diantaranya haiwan pemangsa (predator), cendawan parasit (patogen), bakteria parasit (patogen), ataupun virus.
3. Hidroponik dan Aeroponik
Penggunaan hidroponik dan aeroponik tidak memerlukan banyak tanah, sehingga dapat mengatasi masalah kekurangan. Hidroponik berasal dari kata hydro yang bererti air dan ponus yang bererti kuasa. Jika disatukan, menjadi memberdayakan air. Air digunakan sebagai media dalam penanaman hidroponik. Sedangkan aeroponik berasal dari kata aero yang bererti udara dan ponus yang bererti kuasa. Berarti aeroponik adalah memberdayakan udara. Media utama penanaman aeroponik ialah udara.
4. Kultur Rangkaian
Kultur jaringan bermanfaat untuk memperbanyak tanaman dalam waktu yang singkat dan simbol dengan induknya. Disini, sebahagian kecil organ atau rangkaian rumah dimanfaatkan untuk membentuk individu-individu baru. Kultur rangkaian disebut juga mikropropagasi.

5. Tanaman Transgenik
Organisma transgenik merupakan organisma yang mendapat sisipan gen organisma lain sehingga mendapat tambahan sifat baru. Dilakukan dengan teknik transplantasi gen. Penyisipannya dilakukan dengan agen pembawa DNA yang disebut vektor. Vektor yang digunakan biasanya berupa plasmid atau virus
.6. Pembuatan Benih Unggul
Teknik ini berupaya untuk menghasilkan benih unggul dengan sifat baru. Beberapa teknik kejuruteraan yang dibangunkan manusia:
a. Teknik radiasi biologi pada pengadaan benih untuk menghasilkan sifat
baru.
b. Pengubahan ploidi (jumlah sel kromosom organisma) untuk menghasilkan
buah tanpa biji.Tembikai Tanpa Biji
D. BIOTEKNOLOGI PETERNAKAN
Untuk meningkatkan hasil penternakan, beberapa produk-produk bioteknologi yang berkaitan dengan penternakan, diantaranya: 
 1. Pengklonan pada Haiwan
Sifat totipotensi dimanfaatkan dalam hal ini. Totipotensi merupakan kemampuan suatu sel menjadi individu baru. Dasar dari pengklonan adalah teknik pemindahan inti sel. Inti sel yang digunakan sebagai pengganti sel telur dapat berasal dari tubuh mana-mana, seperti sel kelenjar susu, kulit, mahupun sel-sel lain. Sedangkan sitoplasma sel berasal dari sel telur. Pengklonan haiwan pertama yang dihasilkan ialah Dolly iaitu seekor anak biri-biri. Dolly lahir dari hasil kerja Pasukan Peneliti di Universiti Roslin, Scotlandia, yang dipimpin Dr. Ian Wilmut.Dolly, Anak Biri-Biri Hasil Kloning


2. Haiwan Transgenik

Prinsip haiwan transgenik sama dengan prinsip tanaman transgenik. Haiwan-haiwan yang telah berjaya diciptakan, diantaranya tikus, biri-biri, kambing, dan haiwan ternakan lain. Salah satu contohnya iaitu disisipkannya protein antitripsin ke biri-biri atau kambing yang nantinya akan dituai melalui kelenjar susunya.

Ikan Hasil Transgenik Dengan Macam-Macam Sifat Variasi

E. KESAN BIOTEKNOLOGI BAGI MANUSIA DAN LINGKUNGAN
Bioteknologi bertujuan untuk memberikan manfaat bagi kehidupan manusia, diantaranya:1. BIDANG MAKANANa. Pelbagai pengeluaran bahan makanan khususnya produk
fermentasi banyak berkembang di masyarakat.
b.Penghasilan sumber makanan alternatif, seperti
protein sel tunggal.
c. Haiwan dan tumbuhan transgenik diharapakan dapat
mengatasi kekurangan bahan makanan.
2. BIDANG PERTANIAN DAN PETERNAKAN

a. Penggunaan baja biologi untuk meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian.
b. Meningkatnya nilai ekonomi tanaman pengeluaran dengan
menggunakan teknik kultur rangkaian.
c. Penggunaan agen biologi kawalan hama untuk
mengurangkan penggunaan racun perosak.

3. BIDANG PERUBATAN DAN FARMASI

a. Munculnya produk ubat-ubatan baru dengan kejuruteraan
genetik.
b. Penemuan teknik-teknik baru perubatan, seperti
pengklonan, kultur, dan organisma transgenik.

4. BIDANG ALAM SEKITAR

a. Teknologi pembuatan bokashi dapat mengatasi
menumpuknya sampah atau sampah bandar.
b. Teknologi bioremediasi mampu mengatasi pencemaran
alam sekitar.
c. Mengurangkan pencemaran yang dihasilkan oleh
penggunaan ubat-ubatan pertanian dengan adanya
agen-agen biologi kawalan hama dan penyakit yang
mesra alam.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Bioteknologi

http://winaraku.wordpress.com/tag/bioteknologi-konvensional-dan-modern/

http://books.google.co.id

Posted in Penternakan, Pertanian, Teknologi | Tinggalkan komen
Image | Posted on by | Tinggalkan komen

Faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan

Haiwan ternakan memberi sumbangan yang besar dalam kehidupan manusia. Ternakan membekalkan pelbagai bahan untuk manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.
Faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan adalah :
1. Iklim
2. Pemakanan
3. Kesihatan
4. Genetik
Posted in Penternakan | Tinggalkan komen

1. Iklim

Iklim

2. Pemakanan

3. Kesihatan

4. Genetik

Image | Posted on by | Tinggalkan komen